Friday, November 22, 2013

Makanan Bayi (lagi..)

Berikutan dengan post makanan bayi yang lepas, ada gak kawan yang tanya resepi-resipi untuk makanan bayi yang lain..ececehhh..cam ler ibu khaleef ni terrer masak sangat kan..setakat share resepi yang dah dibaca di blog lain sebelum ni boleh ler.. :)

-Epal / Apple Puree
Bahan:
Epal
Cara:
Kupas kulit epal dan buang bahagian tengah bijinya. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air menutupi buah epal ketika merebus. Selepas 5 minit, periksa jika epal sudah empuk. Angkat dan lenyekkan dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.

-Labu /  Pumpkin Puree
Bahan:
Labu
Cara:
Kupas kulit labu dan buang bahagian tengah bijinya. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air menutupi buah labu ketika merebus. Selepas 5 minit, periksa jika labu sudah empuk. Angkat dan lenyekkan dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.

-Pisang / Banana Puree
Bahan:
Pisang emas / berangan
Cara:
Kupas pisang dan lenyekkan sehingga lembik.

-Lobak Merah / Carrot Puree (7 bulan ke atas)
Bahan:
Lobak Merah
Cara:
Kupaskan kulit lobak. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air lebih ketika merebus. Lobak akan empuk sekitar 5-10 minit. Angkat dan kisar dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.
(untuk bayi yang masih kecil (7 / 8 bulan) perlu dikisar)

-Ikan Bilis (7 bulan ke atas)
Bahan:
Ikan bilis
Cara:
Bersihkan ikan bilis. Kemudian sangaikan (goreng tanpa minyak) sehingga betul-betul kering. Sejukkan dan kisar sehingga halus. Campurkan ke dalam bubur nasi bayi. Bakinya simpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan ke dalam peti sejuk.

Ada lagi sebenarnya resepi bayi ni, tapi tak sempat la nak tulis sekarang. Nanti akan share lagi.
Selamat menyuap anak anda!

p/s: blog ni best http://thatssewnina.blogspot.com/2013/05/homemade-baby-food-combos-for-8-12.html
http://imarriedatreehugger.blogspot.com/2013/06/baby-food-for-3-cents-what.html

Me, my nescafe and capati..

Di pagi-pagi begini, dikala suamiku telah bertolak ke site visit di Grik, dikala anak-anak  masih belum bangun tidur lagi, aku berdua-duaan ehhh..bertiga-tigaan bersama encik Nescafe dan cik Capati...
kehangatan encik Nescafe di setiap hirupan, ditemani kelembutan cik capati..fuhhh..best!! Bak kata Tiz Zaqyah dalam iklan nescafe, "the rasa is eh..nak!" :p

Encik Nescafe dan Cik Capati

Buat sendiri?? Eh, takkk..ingat aku terrer sangat ke masak..masuk masterchef gerenti tak menang...tapi nescafe ni memang buat sendiri kihkihkih..

Bagi yang tinggal kat Ipoh ni mesti tau capati yang paling famous dengan kelembutannya ialah Capati Maju Rapat di Medan Gopeng. Restoren ni asal usulnya dari Taman Maju Rapat, bila dia dah maju dan pelanggan pun makin rapat, maka dia bukak ler cawangan di Medan Gopeng berdepan dengan jalan besar berjiran dengan Bank Rakyat.

Tukar lokasi, tukar nama ke Capati Medan Gopeng
Pertama kali makan capati ni masa zaman kerja di PerakFm dulu, di introduce kan oleh encik Saiful Nawab Sabran. Baik encik Saiful ni, suka bawak kami (Azaril, Sari Surani, Nani) yang bujang-bujang ni (masa tu) sarapan sama-sama :)

Eh, apa sebenarnya yang aku nak cerita tadi ni? hmmm....
Haaa..!! Sebenarnya nak bagitahu, capati yang aku makan pagi ni bukan berasal dari Restoren Capati Maju Rapat tu, tapi sebuah restoren baru yang bernama Zombie's yang duduknya on the way nak ke Taman Botani dan ke Panorama Lapangan Perdana.. Sebabnya nak cerita ni ialah capati ni sebenarnya suami beli malam tadi. Pastu sebab tak habis simpan peti sejuk. Pagi ni setelah diperangat dalam microwave selama seminit, mak aihhh...!! lembut lagi kau!

Haaa.. itulah ceritanya, pasni peminat capati leh la gi try capati the zombie's..sekian, jom sapu rumah!

Bubur Nasi Ayam ala Khaleef

Minggu depan Khaleef dah nak masuk 8 bulan umurnya, so ibu nak introduce ayam dalam bubur nasinya. Patutnya masuk 7 bulan aritu dah boleh masukkan ayam, ikan dalam diet Khaleef tapi sbb kesukaran dapatkan bahan yg fresh, maka ibu asyik tangguh-tangguhkan.

Ibu masukkan carrot sekali dalam bubur ni. Rasanya ni antara bubur yang selalu menjadi pilihan ibu-ibu di luar sana, sebabnya bahan mudah nak dapat :)

Bubur Nasi Ayam + Lobak Merah
Bahan:
Beras (kisar halus)
Ayam
Lobak Merah (sagat / cincang halus)

Cara:
Rebus ayam sampai empuk dengan air yang cukup banyak untuk merebus beras menjadi bubur. Setelah empuk keluarkan ayam dari periuk dan masukkan pula lobak yang telah dicincang ke dalam air rebusan tadi. Biar dalam 2, 3 minit, kecilkan api dan masukkan pula beras yang telah dikisar halus. 2 minit pertama pastikan terus mengacau periuk untuk elakkan beras bergumpal. Sementara tunggu bubur kembang sepenuhnya, ambil ayam yang telah direbus tadi dan cincang halus. Apabila beras nampak telah elok kembang, masukkan ayam yang telah dicincang. Kacau dalam seminit dua, dah siap!

Tidak mengambil masa yang lama untuk masak jika gunakan kaedah beras kisar macam dalam post Beras Perang Untuk Khaleef .

Jumlah bahan-bahan ibu-ibu tentukan sendiri ya, mengikut sukatan banyak mana yang nak dimasak :)

Saturday, October 19, 2013

Pantang Larang Membuat Cekodok

Cekodok. Satu nama kuih yang dipantang enteng oleh persatuan kuih antarabangsa. Mentang-mentanglah rupanya yang sedikit huduh itu (bulat, cekelat-cekelat itam sket) Eh, ye ke? Kehkehkeh.. iyer ler tu.. :p

Eleh, cekodok.. semua orang boleh buat. Lenyek pisang, masuk tepung, letak gula sikit dah siap adunan, terus goreng. Ye ke semudah itu? Tak juga tuan-tuan dan puan-puan. kalau anda tak kisah cekodok tu sedap ke idak, takpela. Sebenarnya cekodok ni sedikit remeh sukatan membuatnya sebab kalau terlebih tepung ia akan keras, kalau terlebih pisang ia akan lembekkk..

Jadi, setelah pusat kajian cekodok ibu shima dibuka, berikut adalah No No apabila kita buat cekodok, dan akibatnya:

No No #1
-Banyak tepung. Akibatnya: cekodok keras dan tidak berasa pisangnya. Baik makan cucur bawang jer, puas hati :p

No No #2
-Banyak pisang. Akibatnya: cekodok menjadi lembik dan menyerap lebih minyak masuk ke dalam cekodok. Ini adalah tidak sihat.

No No #3
-Banyak gula. Akibatnya: cekodok berwarna lebih gelap dan kehitam-hitaman. Ini kerana kandungan gula caramelized (gula hangus) semasa proses menggoreng.. Dan menghasilkan cekodok yang manisss dan sakit bila terkena bahagian gigi yang berlubang, adusss..

No No #4
-Api besar semasa goreng. Akibatnya: cekodok tidak masak di bahagian dalam. Anda masih boleh terasa tepung yang mentah semasa mengunyahnya. Cekodok juga akan berwarna lebih gelap kerana hangit hehehhe..

No No #5
-Pisang sejuk keluar dari peti ais. Akibatnya: susah nak mengadun bancuhan. Pisang keras menjadikan sukar untuk melenyek dengan baik, apabila dicampur dengan tepung susah nak sebati. Akibatnya cekodok menjadi keras.

No No #6
-Mencampurkan air. Akibatnya: bancuhan terlalu cair, apabila digoreng cekodok menjadi leper. Tak cun untuk dihidang kepada tetamu.

Ini antara pantang larang yang sempat dipelajari hasil pengalaman selalu benorrr buat cekodok. Ya, anak-anak saya adalah penggemar tegar cekodok. Abis tu macam mana nak buat cekodok sedap?
Menurut kajian di dapur ibu shima, ini adalah sukatannya:

Cekodok Pisang
5-6 pisang emas/berangan bersaiz sederhana (panjang +-3 inchi)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula

*sukatan ni bukan guna sudu/cawan yang bancuh kopi tu, tp yang khas buat kuih tu.

Lenyekkan pisang hingga betul-betul penyet, masukkan gula, diikuti dengan tepung. Panaskan minyak dalam kuali, bila dah panas, kecilkan api dan masukkan adunan menggunakan jari untuk mendapatkan cekodok yang bulat.

Kadang-kadang pisang kita tu memang manis, masak elok, 2 sudu tu dah cukup manis dah tu. Tapi kadang-kadang terbeli pisang yang tak berapa manis, kenalah adjust sikit sukatannya tu.

Sekian saja kelas membuat cekodok hari ni :p

Wednesday, September 25, 2013

Beras Perang Untuk Khaleef

Brown Rice Cereal
photo from weelicious.com


Hari ni hari pertama Khaleef makan solid food. Walaupun dah anak ketiga, tapi tiap kali sampai masa nak suap makanan bila dah 6 bulan, mesti akan rujuk kepada enGoogle jugak :p
Jadi selepas cari dan cari akhirnya jumpa satu tutorial mcmana nak buat bubur nasi menggunakan beras perang. Apa yang menarik ialah teknik ringkas yang digunakan menjadikan tempoh persiapan bubur lebih cepat dan jimat sebab boleh buat sikit-sikit untuk jumlah yang diperlukan setiap kali nak makan :)

Bahan: 1/2 cawan beras perang

Cara-caranya:
1. Blender beras sampai halus macam tepung.
2. Bila nak makan, panaskan 1/2 cawan air hingga menggelegak dan campurkan 2 sudu besar serbuk beras tadi.
3. Kacau tanpa henti selama 30 saat dan kacau sekali-sekala selama 5 minit atau sehingga dapat kepekatan bubur yang sesuai.
4. Dah siap. Boleh makan begitu sahaja atau campur dengan susu ibu, susu formula atau apa-apa puree buah yang anda ada. cth: kurma, kismis, pisang etc..

Untuk lebih jelas, tengok video ni :)


Saya cuci dulu beras untuk asingkan kutu beras, antah padi dan batu kecil yang ada. Taknaklah baby dapat protein dan mineral tambahan pulokk.. :p

Monday, September 23, 2013

Pineapple Upside Down

Pineapple upside-down cake
foto dari http://www.bbcgoodfood.com/

Ini kali ke-5 buat kek ni, kalau tak silap ler. Pertama kali buat kek ni adalah cabaran dari adikku cik Nazatul Shida (promote sket fesbuk dia, single lagi ni..ngehngehngeh.. :p ) yang nakkan kek ni untuk birthday dia. So, kakaknya yang kadang-kadang pantang dicabar ni, menyahut cabaran yang diberikan :p Kali ni adalah permintaan dari adik lelaki enMohd Ridzuan (takyah promote, dah kawen :p) yang balik cuti sakit seminggu, excident kecik motornya dilanggo keghete..
Ok, jom!

Mula-mula: Masukkan gula dan butter yang dah ditimbang dalam periuk kecil dan panaskan sehingga gula cair dan sedikit caramelized. Terus tuang dalam tin kek bulat atau empat segi saiz 7 inci.


Lepas tu: Susunkan nenas yang dah ditos dari air gula ke dalam tin kek tersebut. Kalau ada buah cherry, leh letak kat bahagian dalam gegelung nenas tu. Saya tak letak sebab tak suka rasa cherry :p


Lagi: Kita buat bancuhan kek pulak. Pukul gula dengan butter sampai kembang. Masukkan telur, esen vanilla dan air gula dari dalam tin nenas tadi (supaya kek lebih moist). Kemudian baru masukkan tepung.


Kemudian: Masukkan bancuhan kek ke atas susunan nenas tadi. Ratakan.


Akhir sekali: Masukkan dalam ketuhar yang dah dipanaskan suhu 180c selama 40 minit. Bila dah siap bakar, tunggu 5 minit sebelum terbalikkan ke atas pinggan. Jangan tunggu lebih dari 10 minit yer, nanti nenas yang dah sejuk melekat kat tin kek pulak.


Tadaa!! Dah siap!

Makan suam-suam pun sedap, makan masa dah sejuk dalam peti ais pun sedap!
Ini resipinya:
Topping:
50g butter -dilembutkan dulu
50g brown sugar
Gegelung nenas dalam tin
Cherry -kalau suka

Kek:
100g butter -dilembutkan dulu
100g gula castor
100g tepung naik sendiri
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
2 sudu besar air gula dari tin nenas

Selamat mencuba!!

Tuesday, September 10, 2013

Eggless Chocolate Cake: A Disappointment?



Memandangkan Haiqal dah di'banned' dari makan telur dan produk tenusu, gigihlah ibunya mencari resepi yg takde telur atau susu. Resepi kek coklat yg dicuba hari ni, dah ditelek 2, 3 hari..gerammm jer rasa nak cuba kan..dari site rakskitchen ni la..

eggless-chocolate-cake-recipe
gebu jer nampak keknya walaupun takde telur
jadinya, cuba lerr buat tadi..buat 2 cara, separuh bancuhan dibakar 20 minit, separuh lagi microwave 6 minit..ni hasilnya:

yg cupcake tu bakar, bekas plastik tu microwave
Ni lak keratan  rentas kek di atas:

Yang kecik tu yang di bakar, yang panjang tu yang guna microwave.
Verdict:
Yang di bakar lebih sedap dari yang microwave..tapi kan, sebenarnya dua-dua tak sedap :(
tak paham betul macamana blogger yang buat kek ni kata ia sedap dan fluffy.. adakah diriku tersalah ikut step? adakah bahan-bahannya bukan dari jenama yang serupa? entahlah..

Kena try resepi lain nampak gayanyerr..

Monday, September 2, 2013

Sup Ayam Lebih Sedap

Foto dari blog inachomel.blogspot.com
Dah lama tak menulis. Kali ni bukan nak berkongsi resepi, cuma nak berkongsi tips macam mana nak bagi sup lebih berperisa dan sedap. Mungkin ramai yang dah buat cara ni, tapi bagi yang tak tahu lagi, rahsianya ialah -> buah tomato.

Buah tomato

Ya! Buah tomato yang dimasukkan awal supaya apabila sup masak ia akan menjadi lembut dan pecah-pecah, dan rasa tomato menjadi serasi dengan sup. Uishh..terliur plak sambil bercerita ni, terasa-rasa pulak kat lidah ni haa.. :-p

Bagi yang tak jelas atau baru nak belajar buat sup, macam ni aturannya:
1. Masuk air dalam periuk, didihkan bersama ayam dan sup bunjut.
2. Masukkan tomato, halia.
3. Masukkan kentang, bawang besar dan sayuran lain (lobak merah, celery, etc..)
4. Jangan lupa garam dan lada hitam.

Sekian, terima kasih :-)

Friday, May 17, 2013

Testimoni Realistik Slimming Shape Plus

Dah sampai! Dia dah sampai!! Ahahaha..terujanya diriku ini :p
Macam ni ler rupanyerr.. :p
Ok, siapa yang dah sampai ye? Slimming Shape Plus yang diuar-uarkan hebat oleh segenap lapisan masyarakat facebook telah pun tiba dengan selamatnya dari Jeli, Kelantan lebih kurang jam 10.40 pagi tadi.


Dah berbulan-bulan yer baca testimoni yang berdentam-dentum, (ß ada ke perkataan ni dalam kamus?) ada yang turun 5 kg dalam 3 hari, ada yang turun 10 kg seminggu ish ish ish.. Ada juga penurunan yang lebih realistik bunyinya, 3 kg seminggu J Sebenarnya agak skeptikal sket dengan weight loss product yang menggunakan kaedah minum ni, sebab sebelum ni dah pernah cuba 2 produk yang terkenal dan tak nampak hasilnya. Sama ada tak dapat nak minum sebab rasanya yang meloyakan atau tak tahan lapar sebab makanan perlu digantikan dengan shake kurus tu.
Slimming Shape Plus ni perlu diambil selepas sarapan pagi dan yang paling best à tak perlu tahan lapar, makan macam biasa. Alritee!! Tetapi disarankan perlu minum sehingga 3 liter air sehari. Tu je..
Masa produk tu sampai tadi, tak sarapan lagi, jadi ngapp dulu bihun goreng + milo panas, after tu terus bancuh ubatnya. Bancuh dengan air sejuk lebih kurang 200 ml, menghasilkan air epal berwarna hijau yang sedap. Siap!!
Jadinya sekarang ni moh kita tunggu lagi seminggu untuk tengok apa hasilnya.
Berat sebelum: 75 kg

Berat selepas: kita tunggu minggu depan!!

sebab takde masa nak buat satu lagi post, saya tulis di sini saja testimoninya ya :-p
result:
1st timbang: hari ke3= tiada penurunan
2nd timbang: hari ke7= tiada penurunan
3rd timbang: hari ke8= turun 1kg
4th timbang: hari ke14= turun 1kg
5th timbang: hari ke20= turun 1kg
6th timbang: hari ke36= turun 2kg
Jumlah penurunan = 5kg
sepanjang mengamalkan Slimming Shape Plus ni, saya makan seperti biasa, langsung tidak berdiet. Saya juga banyak minum air, sekitar 2.5 liter, dan saya juga menyusukan anak saya yg berumur 3 bulan.

Friday, February 22, 2013

Cara-cara memotong buah oren ;-p

Hahahahhaha..takpe, kalau rasa dah pandai potong buah takyah baca post ini ya :p Biasanya kita nampak orang potong buah oren macam ni kan?

picture from shutterstock

Potongan yang macam di atas ni (wedges) biasanya menyebabkan buah oren terkena di kiri n kanan mulut. Jadi kalau kita pakai lipstick abis laaa melekat warna merah/pink/coklat/purple?? kat buah oren tu. kalau kanak-kanak plak yang makan, mungkin dia akan gigit dan ambik jus saja, tak dapat makan seluruh isi buah oren tu.

Jadi, begini caranya:
1. Hiris buah oren mengikut ketebalan yang anda suka

2. Buah oren saya ni dapat 3 hiris jer
3. Potong setiap hirisan kepada dua.
Anda dah boleh hidangkan buah limau ni kepada tetamu.
Lebih senang digigit dan  tak comotkan mulut.
 Step seterusnya jika anda nak hidang pada anak-anak kecil :-)

4. Buang kulit limau

5. Potong kecil-kecil. Dalam gambar ni saya potong tiga.
Memang senang budak-budak nak makan bila dah potong kecil tanpa kulit ni. Yang pentingnya ialah mereka dapat khasiat seluruh isi buah. Bukan setakat gigit untuk hisap jusnya sahaja (macam saya kecik-kecik dulu :-) )

Bila dah dipotong kecil, dekat 2 biji haiqal makan :)

Cara potongan ni mak saya yang ajar, selepas diajar oleh sepupunya a.k.a mak ngah nin :)
Sekian, terima kasih.

Thursday, February 21, 2013

Fatihah berangan

Venue: Depan almari.
Time: Petang semalam, 20/2/13
Scene: Sedang mengeluarkan baju-baju lama Yusuf Haiqal untuk bakal adiknya nanti.

Fatihah: Ibu buat apa tu?
Ibu: Keluarkan baju haiqal masa dia kecik dulu, nak bagi baby khaleef pakai nanti.
Fatihah: Ooo..nanti baju tihah masa kecik-kecik dulu, kita bagi dekat baby girl ibu beranak nanti ya, lepas baby khaleef.
Ibu: (dalam hati) hohhhh..panjangnya angan-angan kamu fatihah, baby dalam perut ni pun lagi sebulan baru nak kuar, kamu dah berangan nak baby girl..ibu berangan nak tutup kilang kekekeke.. :p

Sebok dua-dua nak masukkan baju bakal adik
dalam mesin basuh :)

Wednesday, February 20, 2013

20 tahun penjara: Hadiah melambung bayi

Tentu ramai yang rasa sangat marah melihat aksi seorang amah yang diambil dari Indonesia, yang melambung bayi majikannya. Adakah amah ini mempunyai masalah mental sehingga sanggup melambung-lambung bayi yang berusia 4 bulan?? Tak kisahlah ada masalah mental atau tidak, tindakan melambung bayi LANGSUNG TIDAK BOLEH DITERIMA. Sesuai sangatlah hukuman yang diterima.


Ini bukan kali pertama berita anak-anak didera oleh amah Indonesia menjadi perhatian umum dan media. Tentu ramai yang rasa seriau dan berfikir 2, 3 kali sebelum nak ambil amah kan? Semoga berita begini menjadikan kita lebih berhati-hati bila membuat pilihan dan keputusan.

Sunday, February 17, 2013

Lelaki Yang Di Cintai

Terpanggil untuk menulis di pagi-pagi ni memandangkan ada sedikit kelapangan. Beberapa hari ni hati rasa tidak seronok melihat suami yang kadangkala bermuka monyok. Mungkin disebabkan keadaan rumah yang tidak berapa 'cantik' dan isteri yang tidak mencapai 'tahap piawaian'. Diriku bukan seorang yang pemalas..tetapi ya, memang 'agak' lembab dan sering clueless dalam bab mengemas..maksudnya ialah tidak tahu hendak mula dari mana dan kebiasaannya end up membuat 'semuanya'  tetapi separuh-separuh, yang mana akhirnya membuatkan tidak ada satu pun yang siap *sigh..*

Yang mana situasi di atas (suami bermuka monyok) membuatkan diriku berfikir untuk menyuruh suami berkahwin lagi. Haihhh..baiknya kamu, shima?? Taklah. Belum bersedia rasanya ke arah itu. Hati belum secekal Nurul Adni blogger Cahaya Hati Menuju Ilahi apatah lagi setabah isteri-isteri Rasulullah saw. Cumanya diriku berkata begitu kerana sedih melihat suami yang sedih. Mungkin dengan adanya 'rumah kedua' baginya dapat menjadi escapism bila merasa tension karenah anak-anak dan rumah yang bersepah dan  mungkin juga lauk yang tak sedap.

Adakah ini suara hati diriku yang sedikit depress ketika mengandung? Atau tekanan kerana tidak dapat berfungsi dengan lebih baik kerana tahap kesihatan? Yang kecewa tidak larat lagi untuk drive dan berjalan-jalan menghiburkan hati ke pusat membeli-belah? Jawapannya: YA. (blame it all on pregnancy :p i'm already 34 weeks)

Tidak ada isteri yang mahu melihat suaminya bermuka monyok. Tidak ada isteri yang mahu menjadi punca suaminya bersedih. Sedikit emosi pagi ini lantaran baru saja menonton drama 'Lelaki Yang Dicintai' di tv Al-Hijrah malam tadi. Berjaya Eja membawa watak isteri pertama yang luarannya dan kata-katanya seperti amat tabah dan pasrah, tetapi kala bersendiri tampak jauh hilang dalam pemikiran seorang isteri yang bermadu. Bukan satu, malah dua dan mungkinkah ada tambahan tiga madu di masa hadapan? Seredha manapun seorang perempuan, tak mungkin tidak merasa sakitnya berkongsi kasih.

Seperti tulisan Nurul Adni dalam entrinya Ketika Suami Menikah Lagi
"Suami hanya pinjaman ALLAH, suami menjadi wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH. Perkahwinan adalah salah satu medan pengabdian yang tulus kepada ALLAH"
Tabik spring toing..toing.. kepada wanita-wanita bermadu setabah Nurul Adni. Anda hebat!! Semoga saya tidak perlu melaluinya satu hari nanti.

Setakat ini saja tulisan kali ini, saya nak pergi Google step-step untuk mengemas rumah :p Doakan saya menjadi isteri yang lebih baik ya sahabat semua!

Saturday, February 16, 2013

Masak Kicap Ayam (lagi)..?

Masak Kicap Ayam lagi?? Masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang beranak kecik ni ialah nak sediakan menu yang 'lidah friendly' untuk kanak-kanak yang tak makan pedas.
Ok hari ni diriku nak kongsikan resipi mudah masak kicap ayam versi merebus. Resepi ni dapat dari seorang jiran berbangsa India ketika makan di rumahnya masa sambutan Deepavali :-) memang mesra kanak-kanak resepinya ni dan yang penting sodapp!!

Ditemani dengan sayur masak lemak :-)

Ayam Masak Kicap Rebus

Masa diperlukan: 10 minit preparation, 15 minit memasak.

Bahan-bahan:
Ayam 7-8 ketul potongan sederhana
Bawang merah kecil 5-6 ulas (hiris)
Bawang putih 2 ulas (hiris)
Halia 1 inchi (hiris)
Lada hitam 10 biji (ditumbuk jika nak pedas untuk orang dewasa makan)
Kicap 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar (boleh ganti dengan sebiji tomato yang dihiris)
Optional: cili hijau / green capsicum / mix vege

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
2. Bila bawang dah menunjukkan tanda-tanda nak bertukar perang, masukkan ayam, gaul dalam seminit dua.
3. Masukkan kicap dan sos tiram. Gaul rata. Tutup periuk dan biarkan kira-kira 5 minit.
4. Bukak tutup periuk dan anda akan nampak kuah mula terhasil dari air ayam tu sendiri. Haa takyah masuk air tau! Gaul lagi untuk mengelakkan garing di bahagian bawah periuk. Tutup balik dalam 2, 3 minit.
5. Masukkan sayur yang terpilih antara 3 pilihan kat atas tu. Gaul lagi. tutup periuk dalam 2, 3 minit.
6. Dah siap. Tutup api. Kalau tak suka berkuah, boleh tunggu lagi 2, 3 minit bagi kuah pekat n mengering.

Kalau anda hidangkan untuk orang dewasa, lebih ooomph kalau anda lebihkan lada hitam yang ditumbuk dan lebihkan hirisan halia. Green capsicum paling sesuai untuk resipi ni. Tak guna garam pun yer ;-) Selamat mencuba!