Saturday, October 19, 2013

Pantang Larang Membuat Cekodok

Cekodok. Satu nama kuih yang dipantang enteng oleh persatuan kuih antarabangsa. Mentang-mentanglah rupanya yang sedikit huduh itu (bulat, cekelat-cekelat itam sket) Eh, ye ke? Kehkehkeh.. iyer ler tu.. :p

Eleh, cekodok.. semua orang boleh buat. Lenyek pisang, masuk tepung, letak gula sikit dah siap adunan, terus goreng. Ye ke semudah itu? Tak juga tuan-tuan dan puan-puan. kalau anda tak kisah cekodok tu sedap ke idak, takpela. Sebenarnya cekodok ni sedikit remeh sukatan membuatnya sebab kalau terlebih tepung ia akan keras, kalau terlebih pisang ia akan lembekkk..

Jadi, setelah pusat kajian cekodok ibu shima dibuka, berikut adalah No No apabila kita buat cekodok, dan akibatnya:

No No #1
-Banyak tepung. Akibatnya: cekodok keras dan tidak berasa pisangnya. Baik makan cucur bawang jer, puas hati :p

No No #2
-Banyak pisang. Akibatnya: cekodok menjadi lembik dan menyerap lebih minyak masuk ke dalam cekodok. Ini adalah tidak sihat.

No No #3
-Banyak gula. Akibatnya: cekodok berwarna lebih gelap dan kehitam-hitaman. Ini kerana kandungan gula caramelized (gula hangus) semasa proses menggoreng.. Dan menghasilkan cekodok yang manisss dan sakit bila terkena bahagian gigi yang berlubang, adusss..

No No #4
-Api besar semasa goreng. Akibatnya: cekodok tidak masak di bahagian dalam. Anda masih boleh terasa tepung yang mentah semasa mengunyahnya. Cekodok juga akan berwarna lebih gelap kerana hangit hehehhe..

No No #5
-Pisang sejuk keluar dari peti ais. Akibatnya: susah nak mengadun bancuhan. Pisang keras menjadikan sukar untuk melenyek dengan baik, apabila dicampur dengan tepung susah nak sebati. Akibatnya cekodok menjadi keras.

No No #6
-Mencampurkan air. Akibatnya: bancuhan terlalu cair, apabila digoreng cekodok menjadi leper. Tak cun untuk dihidang kepada tetamu.

Ini antara pantang larang yang sempat dipelajari hasil pengalaman selalu benorrr buat cekodok. Ya, anak-anak saya adalah penggemar tegar cekodok. Abis tu macam mana nak buat cekodok sedap?
Menurut kajian di dapur ibu shima, ini adalah sukatannya:

Cekodok Pisang
5-6 pisang emas/berangan bersaiz sederhana (panjang +-3 inchi)
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula

*sukatan ni bukan guna sudu/cawan yang bancuh kopi tu, tp yang khas buat kuih tu.

Lenyekkan pisang hingga betul-betul penyet, masukkan gula, diikuti dengan tepung. Panaskan minyak dalam kuali, bila dah panas, kecilkan api dan masukkan adunan menggunakan jari untuk mendapatkan cekodok yang bulat.

Kadang-kadang pisang kita tu memang manis, masak elok, 2 sudu tu dah cukup manis dah tu. Tapi kadang-kadang terbeli pisang yang tak berapa manis, kenalah adjust sikit sukatannya tu.

Sekian saja kelas membuat cekodok hari ni :p