Tuesday, May 22, 2012

Muffin yang terbakar

Mangsa kebakaran ;p
Dah lama nak cuba resipi kek cekelat pisang..bayangkan rasa cekodok pisang yang disalut dengan cekelat kedberi, uishhh...nyummm!! hehhehe..
Kebetulan balik ke kampung suami weekend baru-baru ni, dapat bekal sesikat pisang, makanya tanpa berfikir-fikir panjang, diriku pun terus google perkataan chocolate+moist+banana+cake, dan hasilnya terjumpalah resipi Double Chocolate Banana Muffin..
Resipinya memang mudah, bahan-bahan plak semuanya ada, so apa lagi? jom!!

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil baking powder
1 1/3 cawan pisang lenyek
1/3 cawan minyak masak
1 biji telur
1 cawan semi sweet chocolate chip

Caranya memang cukup mudah oooo... :
1. Gaulkan semua bahan-bahan kering.
2. Di dalam bekas yang berasingan gaulkan semua bahan basah.
3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul sebati.
4. Masukkan chocolate chip.
5. Senduk ke dalam bekas muffin dan bakar selama 20-25minit, 180 celcius.

Ingat tak tajuk post ni tadi? Tak tahulah di mana salahnya, sebab diriku blender semua bahan basah tu dengan pisang-pisang tu habis hancur lebur ke atau pisang tu (tatau pisang jenama apa) tak sesuai ke atau something wrong dengan suhu oven yang ku beli kat cash converter ni??

Lepas 25 minit, diriku cucuk lidi, still lembik di dalam..
tambah 10 minit, masih ada yg melekat di lidi..
tambah 10 minit lagi..udah ler hangit atas muffin tu kome oiii..memang kompem takde yang melekat kat lidi dah..
hadoiii..tak berbaloi rasa penatku hari ini :(

Dah ler buat 2 bancuhan..sebab hajat di hati tu nak bagi suamiku yang hensem tu bawak ke opisnya, buat ngucap terima kasih kat bossnya yang memang sangat memahami time anak kena HFMD aritu..takde rezekilah nampaknya..

Kalau ada yang nak mencuba resipi ni, diriku mencadangkan agar kurangkan sket jumlah gula sebabnya muffin ni memang la manisss.. kalau ada sesape dah try nanti leh la bagi feedback ya, mana nak di alter kat resipi tu bagi jadi lebih ooomphh!

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu


Since I cannot afford to buy my mother any present, I baked her a cake instead..
Eh, speaking london plak, sentimental lah tu.. ngeh..ngeh..ngeh..
Yup, masih menggunakan resipi yang sama dengan post yang sebelum ini :)
Dah cuba ke?

Saturday, May 12, 2012

Krim anyone?


Kedai rakyat 1 malaysia dah ada kat bidor! Sejak tahu tentang kewujudan kedai ni, diriku memang rasa teruja nak pergi meninjau-ninjau. Di Ipoh dah lebih awal ada KR1M di Manjoi, tapi tak berpeluang lagi nak membuat lawatan sambil belajar. Yelah, melawat kedai sambil belajar harga-harga rendah yang ditawarkan.
Yang dah pergi melawat ialah suamiku yang beli roti burger, sardine dan sepapan telur. Lawatan yang kedua pulak, jam anggur, papadom dan sepapan telur (sekali lagi) dan lawatan ketiga, gula dan papadom (lagi..).
Akhirnya pada suatu hari yang tidak disangka-sangka, ketika diriku cuti-cuti di Bidor kerana suamiku berkursus di KL, di mana gula habis di 2 kedai runcit yang selalu ku kunjungi di bidor ini, maka terkeluarlah ayat, “ayah, kita pergi kedai 1 Malaysia lah” ngeh..ngeh..ngeh.. ada sikit bunga-bunga dalam hati, rasa excited macam masa first time nak pergi Midvalley baru bukak zaman remaja dolu-dolu ehehh..
Masuk je kedai, pekerja dia greet “selamat datang”, capai gula yang memang ada kat rak depan pintu masuk, buat rondaan pantas seround (2 round sebenarnya hehehe..) gi tengok harga susu anak jap, pastu terus gi bayar gula J
Adoii..nape sekejap sangat yer? Katakan teruja sangat nak masuk KR1M ni.. itulah, frust jugak rasanya, boboiboy dalam kereta tu tengah meraung-raung nak ikut masuk, kesian pulak atuk tunggu lama-lama dalam kereta tu (yerla, konon nak beli gula jerr..) Next time lah datang sendiri boleh usha harga barang lama-lama sket hehhehe..
So, ok ker tak barang kat KR1M ni? Setakat ni verdictnya ialah:
1)      Sardin – sesuai buat lauk jer, buat sandwich tak boleh, sebab sisik ikan tak buang habis.
2)      Papadom – macam rasa papadom lah..
3)      Roti burger – macam rasa roti burger lah..
4)      Jam Anggur – macam rasa jam anggur lah..
5)      Sos Cili – masam, tak macam sos cili yang selalu di makan.
6)      Sos Tomato – masam juger iskk..

Jika barangnya berlabel 1 Malaysia, makan harganya memang murah 3, 4 kupang berbanding kedai lain, barang yang takde label 1 Malaysia tapi jual kat KR1M, harganya lebih kurang sama jer dengan kedai-kedai lain.
Bila berpeluang pergi lagi, diriku akan buat laporan lagi. Ok, cik kiah, cik bedah, jangan malu-malu nak masuk KR1M yer, anda takkan dikatakan miskin kalau berkunjung ke sana ;-p

Sunday, May 6, 2012

Cuba dan berjaya: Chocolate Cake

Tak tahulah kenapa satu hari tu rasa nakkk sangat makan chocolate cake. Dan ada perasaan nak buat sendiri (supaya boleh makan banyak-banyakkk..hehhee..) Sebenarnya diriku ini bukannya pandai sangat bab baking membaking ni, makanya untuk menjadikan percubaan pertama ni insyaAllah berjaya, dengan bersungguhnya menggunakan enGoogle untuk mencari kek yang senang dan sedap untuk dicuba ;-)

Inilah hasilnya

Kenapa resipi ni yang terpilih?? Sebabnya ada 3 steps aje! Ya, betul..3 steps saja!! Sudah la easy, moist plak tu. Ok, ni bahan-bahannya:

2 cawan tepung

¾ cawan serbuk koko
2 cawan gula
1 sudu kecil Baking powder
2 sudu kecil Baking soda
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil serbuk kopi dalam ¾ cawan air panas
1 cawan susu
1 cawan minyak masak
2 telur
1 sudu kecil esen Vanilla

Step 1: Gaulkan semua bahan-bahan kering.



Gaul sampai sebati
Step 2: Masukkan semua bahan-bahan basah dan gaul sebati.

Step 3: Tuang dalam bekas dan bakar selama 45 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Haaa...dah siap! Amacam, senangkan? Memang sodap keknya, tapi kalau nak lagi sodap letaklah pulak chocolate ganache. Step seterusnya ni optional jer tau, kalau tak nak buat, tak payahla buat (bayangkan je la dalam otak cemaner kesedapan rasanya itu ngeh..ngeh..ngeh..)


chocolate ganache

Letak 200 gram cooking chocolate dalam mangkuk, dan letak mangkuk itu di atas satu lagi mangkuk yang ada air panas. Pastikan mangkuk yang atas tu tak menyentuh air panas dalam mangkuk yang di bawah tu (berapa banyak kali punya mangkuk daa..) Ini akan menyebabkan cekelat tu jadi lembik, masukkan pulak sedikit butter atau marjerin, diikuti dengan 2 sudu besar susu. Butter tu motifnya supaya nampak berkilat, susu tu pulak motifnya supaya bancuhan tadi sedikit cair, jadinya senang la nanti kita nak menyapunya.

Kalau terlebih rajin, belah dua kek tu dan sapukan chocolate ganache yang dah siap tadi tu..
garing sket kat sebelah tepi hehhehe..


Sandwichkan kek tu dan sapukan choc ganache yang selebihnya kat atas dan sekeliling kek itu. 

Kek bergambar bersama peminat no1

Kalau korang tengok, kek yang dah siap ni nampak togel jer ek? Itulah jadinya bila takde perancangan rapi. Dalam otak fikir nak sedap ajer lupa plak nak memikirkan dekornya -> stoberi ke, ceri ke, cekelat smarties ke ye..


Kek ni cuma bertahan 2 1/2 hari jer dalam pinggan, hari-hari berikutnya dah selamat dalam perut :-p


Selamat mencuba dan berjaya!!

Kek untuk kucing?

Hari ni ada satu misi yang mencabar yang harus disettlekan. Perkara yang telah lama bertangguh harus diselesaikan. Isi hati yang telah lama dipendam harus dirungkai. Hari ini juga! Hari ini juga! Ya!! <-bagi semangat pada diri sendiri :p

Adoii..apa ceritanya ya?

Ni la isu tanah sekangkang kera yang dah berbulan-bulan dijadikan tandas awam oleh kucing-kucing jiran sebelah ni. Orang lain bangun pagi menghidup udara segar, kitorang kat rumah ni terpaksa menghirup ('hirup' ke perkataannya eiii..) udara yang penuh bau baja-bajaan..hmmm..

Gambar hiasan semata-mata

Ingatkan malaslah nak berbahasa-bahasa dengan orang sebelah ni, takut terkecut hati dia nanti (udah ler jiran melayu sayup-sayup mata memandang je kat taman ni) Bagi mengelakkan bertentang mata dan bertikam lidah dengan jiran tersayang membahaskan isu n***s kucing ni, makanya banyaklah pendekatan yang dah kitorang buat. Perkataan 'kitorang' tu merujuk kepada diriku, suamiku yang hensem dan juga mak ayah ku (iyaaa..betul, mak ayah pun turut berusaha bersama..terima kasih mak ayah!)

Antara cara-cara yang pernah dibuat:
1. meletakkan pagar plastik kecik yang tajam-tajam tu keliling tanah
(dengan harapan kucing tu takut tercucuk perut masa melompat masuk)
2. memenuhkan pasu-pasu kat atas tanah
(kononnya tak muatlah kucing tu nak parking kat situ)
3. menanam rumput 'karpet'
(habis bertompok-tompok rumput mati dek hangatnya 'benda' tu)
4. menutup seluruh tanah dengan net hitam yang untuk bunga tu
(udah buat projek atas net tu pulokkk...grrrram geramm gerammm!!)
5. siram bancuhan cuka+sabun+air panas <- petua kat website omputih
(huhhuhuhuu..tetap tidak berjaya..)

Tak boleh jadi ni. Memang tak boleh jadi! Takkan selamanya nak hidup kat rumah ni dengan udara 'segar' dan 'harum' tuu.. Jadi setelah berfikir panjang..cara yang ke-6 jeng.. jeng.. jeng..

6) memasak kek

Apa?! Masak kek?? Apa relevannya?
Relevannya ialah kejap lagi saya akan ke rumah sebelah untuk mensedekahkan kek cekelat moist yang telah dimasak malam tadi. Kek cekelat itu akan menjadi pembuka bicara (kira mcm tepak sirih laa bila nakgi meminang) tentang isu yang melanda halaman rumahku ini. Semoga dengan adanya kek cekelat ni, akan kuranglah sikit rasa sentapnya :p
Setakat ni masih takde tanda-tanda jiran sebelah ada di rumah. So, kita tungguuu dia balik kejap lagi.