Friday, February 22, 2013

Cara-cara memotong buah oren ;-p

Hahahahhaha..takpe, kalau rasa dah pandai potong buah takyah baca post ini ya :p Biasanya kita nampak orang potong buah oren macam ni kan?

picture from shutterstock

Potongan yang macam di atas ni (wedges) biasanya menyebabkan buah oren terkena di kiri n kanan mulut. Jadi kalau kita pakai lipstick abis laaa melekat warna merah/pink/coklat/purple?? kat buah oren tu. kalau kanak-kanak plak yang makan, mungkin dia akan gigit dan ambik jus saja, tak dapat makan seluruh isi buah oren tu.

Jadi, begini caranya:
1. Hiris buah oren mengikut ketebalan yang anda suka

2. Buah oren saya ni dapat 3 hiris jer
3. Potong setiap hirisan kepada dua.
Anda dah boleh hidangkan buah limau ni kepada tetamu.
Lebih senang digigit dan  tak comotkan mulut.
 Step seterusnya jika anda nak hidang pada anak-anak kecil :-)

4. Buang kulit limau

5. Potong kecil-kecil. Dalam gambar ni saya potong tiga.
Memang senang budak-budak nak makan bila dah potong kecil tanpa kulit ni. Yang pentingnya ialah mereka dapat khasiat seluruh isi buah. Bukan setakat gigit untuk hisap jusnya sahaja (macam saya kecik-kecik dulu :-) )

Bila dah dipotong kecil, dekat 2 biji haiqal makan :)

Cara potongan ni mak saya yang ajar, selepas diajar oleh sepupunya a.k.a mak ngah nin :)
Sekian, terima kasih.

Thursday, February 21, 2013

Fatihah berangan

Venue: Depan almari.
Time: Petang semalam, 20/2/13
Scene: Sedang mengeluarkan baju-baju lama Yusuf Haiqal untuk bakal adiknya nanti.

Fatihah: Ibu buat apa tu?
Ibu: Keluarkan baju haiqal masa dia kecik dulu, nak bagi baby khaleef pakai nanti.
Fatihah: Ooo..nanti baju tihah masa kecik-kecik dulu, kita bagi dekat baby girl ibu beranak nanti ya, lepas baby khaleef.
Ibu: (dalam hati) hohhhh..panjangnya angan-angan kamu fatihah, baby dalam perut ni pun lagi sebulan baru nak kuar, kamu dah berangan nak baby girl..ibu berangan nak tutup kilang kekekeke.. :p

Sebok dua-dua nak masukkan baju bakal adik
dalam mesin basuh :)

Wednesday, February 20, 2013

20 tahun penjara: Hadiah melambung bayi

Tentu ramai yang rasa sangat marah melihat aksi seorang amah yang diambil dari Indonesia, yang melambung bayi majikannya. Adakah amah ini mempunyai masalah mental sehingga sanggup melambung-lambung bayi yang berusia 4 bulan?? Tak kisahlah ada masalah mental atau tidak, tindakan melambung bayi LANGSUNG TIDAK BOLEH DITERIMA. Sesuai sangatlah hukuman yang diterima.


Ini bukan kali pertama berita anak-anak didera oleh amah Indonesia menjadi perhatian umum dan media. Tentu ramai yang rasa seriau dan berfikir 2, 3 kali sebelum nak ambil amah kan? Semoga berita begini menjadikan kita lebih berhati-hati bila membuat pilihan dan keputusan.

Sunday, February 17, 2013

Lelaki Yang Di Cintai

Terpanggil untuk menulis di pagi-pagi ni memandangkan ada sedikit kelapangan. Beberapa hari ni hati rasa tidak seronok melihat suami yang kadangkala bermuka monyok. Mungkin disebabkan keadaan rumah yang tidak berapa 'cantik' dan isteri yang tidak mencapai 'tahap piawaian'. Diriku bukan seorang yang pemalas..tetapi ya, memang 'agak' lembab dan sering clueless dalam bab mengemas..maksudnya ialah tidak tahu hendak mula dari mana dan kebiasaannya end up membuat 'semuanya'  tetapi separuh-separuh, yang mana akhirnya membuatkan tidak ada satu pun yang siap *sigh..*

Yang mana situasi di atas (suami bermuka monyok) membuatkan diriku berfikir untuk menyuruh suami berkahwin lagi. Haihhh..baiknya kamu, shima?? Taklah. Belum bersedia rasanya ke arah itu. Hati belum secekal Nurul Adni blogger Cahaya Hati Menuju Ilahi apatah lagi setabah isteri-isteri Rasulullah saw. Cumanya diriku berkata begitu kerana sedih melihat suami yang sedih. Mungkin dengan adanya 'rumah kedua' baginya dapat menjadi escapism bila merasa tension karenah anak-anak dan rumah yang bersepah dan  mungkin juga lauk yang tak sedap.

Adakah ini suara hati diriku yang sedikit depress ketika mengandung? Atau tekanan kerana tidak dapat berfungsi dengan lebih baik kerana tahap kesihatan? Yang kecewa tidak larat lagi untuk drive dan berjalan-jalan menghiburkan hati ke pusat membeli-belah? Jawapannya: YA. (blame it all on pregnancy :p i'm already 34 weeks)

Tidak ada isteri yang mahu melihat suaminya bermuka monyok. Tidak ada isteri yang mahu menjadi punca suaminya bersedih. Sedikit emosi pagi ini lantaran baru saja menonton drama 'Lelaki Yang Dicintai' di tv Al-Hijrah malam tadi. Berjaya Eja membawa watak isteri pertama yang luarannya dan kata-katanya seperti amat tabah dan pasrah, tetapi kala bersendiri tampak jauh hilang dalam pemikiran seorang isteri yang bermadu. Bukan satu, malah dua dan mungkinkah ada tambahan tiga madu di masa hadapan? Seredha manapun seorang perempuan, tak mungkin tidak merasa sakitnya berkongsi kasih.

Seperti tulisan Nurul Adni dalam entrinya Ketika Suami Menikah Lagi
"Suami hanya pinjaman ALLAH, suami menjadi wasilah mendekatkan diri kepada ALLAH. Perkahwinan adalah salah satu medan pengabdian yang tulus kepada ALLAH"
Tabik spring toing..toing.. kepada wanita-wanita bermadu setabah Nurul Adni. Anda hebat!! Semoga saya tidak perlu melaluinya satu hari nanti.

Setakat ini saja tulisan kali ini, saya nak pergi Google step-step untuk mengemas rumah :p Doakan saya menjadi isteri yang lebih baik ya sahabat semua!

Saturday, February 16, 2013

Masak Kicap Ayam (lagi)..?

Masak Kicap Ayam lagi?? Masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang beranak kecik ni ialah nak sediakan menu yang 'lidah friendly' untuk kanak-kanak yang tak makan pedas.
Ok hari ni diriku nak kongsikan resipi mudah masak kicap ayam versi merebus. Resepi ni dapat dari seorang jiran berbangsa India ketika makan di rumahnya masa sambutan Deepavali :-) memang mesra kanak-kanak resepinya ni dan yang penting sodapp!!

Ditemani dengan sayur masak lemak :-)

Ayam Masak Kicap Rebus

Masa diperlukan: 10 minit preparation, 15 minit memasak.

Bahan-bahan:
Ayam 7-8 ketul potongan sederhana
Bawang merah kecil 5-6 ulas (hiris)
Bawang putih 2 ulas (hiris)
Halia 1 inchi (hiris)
Lada hitam 10 biji (ditumbuk jika nak pedas untuk orang dewasa makan)
Kicap 2 sudu besar
Sos tiram 2 sudu besar
Sos tomato 2 sudu besar (boleh ganti dengan sebiji tomato yang dihiris)
Optional: cili hijau / green capsicum / mix vege

Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam.
2. Bila bawang dah menunjukkan tanda-tanda nak bertukar perang, masukkan ayam, gaul dalam seminit dua.
3. Masukkan kicap dan sos tiram. Gaul rata. Tutup periuk dan biarkan kira-kira 5 minit.
4. Bukak tutup periuk dan anda akan nampak kuah mula terhasil dari air ayam tu sendiri. Haa takyah masuk air tau! Gaul lagi untuk mengelakkan garing di bahagian bawah periuk. Tutup balik dalam 2, 3 minit.
5. Masukkan sayur yang terpilih antara 3 pilihan kat atas tu. Gaul lagi. tutup periuk dalam 2, 3 minit.
6. Dah siap. Tutup api. Kalau tak suka berkuah, boleh tunggu lagi 2, 3 minit bagi kuah pekat n mengering.

Kalau anda hidangkan untuk orang dewasa, lebih ooomph kalau anda lebihkan lada hitam yang ditumbuk dan lebihkan hirisan halia. Green capsicum paling sesuai untuk resipi ni. Tak guna garam pun yer ;-) Selamat mencuba!