Wednesday, October 15, 2014

Pizza 40 minit!

Risau juga bila banyak sangat entry tentang resepi dan masakan dalam blog ni. Bukannya apa, takut-takut ada yang salah sangka ingat diriku ni pakar memasak. Padahal, almost semua resepi google hihihihi.. Biasanya baking ikut dan aje. Terasa nak makan kek, google resepi..tengok anak muka boring kelaparan, google resepi. Jadi biasanya bahan-bahan yang digunakan pun, mana yg kebetulan ada dalam peti ais :-)

Jadi, hari ni terasa nak masak pizza plak. Sosej ada, kuah tomato preggo ada, cheese pun ada. Search resepi yang boleh buat doh pizza terpantas, jumpa la satu kat Allrecipes.com. Search Quick and Easy Pizza Crust. Haaa..layannn..

Selepas 20 minit dibakar.

Simpan siap2 sekeping untuk husband sebelum
semuanya habis di'ngap' anak2 :p
If only ada cheese mozarella, cheddar ni tak berapa ngam sangatla..tapi, MISI BERJAYA!! Doh pizza ni sekejap jer nak buat, tak payah tunggu lama-lama untuk rehatkan doh. Resepi ni jadi macam pan crust pizza. Owwyeahhh..!

Thursday, October 2, 2014

Kentang Goreng Istimewa

Last week, husband dah belikan 2 bag kentang. Isnin baru-baru ni dia belikan sebag lagi kentang. Wooo..gila kentang!! Hahaha..bukan nak komplen ya :p Terima kasih kepada encik suami yang hensem, kerana membelikan kami kentang yang banyak. Selain rasanya yang sedap, kentang adalah sumber karbohidrat yang baik, yeayyy!!

Jadi untuk memanfaatkan kentang-kentang ini, dengan ini dikongsikan cara-cara membuat fries yang anda suka sangat makan di McD n KFC tu..

Bahan-bahan:
Kentang
Air
Minyak
Garam

Cara-cara:
1. Buang kulit kentang dan potong secara memanjang. Saya suka potong kentang tu gemuk-gemuk sikit.
2. Rebus sehingga separuh masak. Toskan kering. Boleh letak di atas tisu dapur supaya serap air.
3. Gorengkan sehingga tahap kegaringan yang anda suka.
4. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
5. Taburkan sedikit garam mengikut citarasa.

Dah siap!

Panas..panas..panas!!
Apa lagi, jom ngappp!!

Monday, May 5, 2014

Coloured Sugar - Bagaimana nak buat?

Yellow Shortbread Cookie decorate with Pink Coloured Sugar
Hari ni mak dan ayah ada di rumah. Jadi diriku fikir nak buat biskut lah untuk minum teh petang ni. Buat biskut simple jer, Shortbread Cookies. Tapi sebab nak dia nampak lebih cun, tambah sedikit pewarna kuning pada doh dan sprinkled dengan gula bewarna pink. Haaa..comei tak semikut tu?? :)

Berikut adalah cara-cara nak buat coloured sugar tu:
Titiskan pewarna makanan pilihan anda ke atas gula di dalam mangkuk.
Gaulkan sehingga semua butiran gula bertukar warna. Keringkan.

Gunakan untuk menghias biskut :)
Simpan di dalam bekas kedap udara dan peti sejuk
Tabur jer atas biskut sebelum masuk dalam ketuhar. Jangan risau gula tu akan maintain cun jer warnanya walaupun dibakar bersama biskut.

Sedap dimakan bersama teh panas.

Atau ketika membaca novel yang baru dibeli.

Mahu pun ketika sedang berfacebook hehhee..
Selamat menghias biskut!

Wednesday, February 19, 2014

Eggless Milkless Chocolate Pancake

Kawan-kawan di facebook tentu dah maklum yang Haiqal tak boleh makan produk susu dan juga telur kerana menghidap eczema. Jadi hari ni diriku bereksperimentasi sket dengan pembuatan pancake. Jadi ibu shima mempersembahkan jeng jeng jeng..


tadaaa..chocolate pancake!
Tanpa telur, tanpa susu :-)

Chocolate Pancake
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk minuman koko (saya guna Milo)
1/4 cawan air

Cara:
Gaulkan semua bahan kering dan masukkan air.
Panaskan kuali leper dengan mentega/butter/minyak masak.
Masukkan bancuhan pancake, masak sehingga kelihatan beberapa lubang-lubang kecil, terbalikkan.
Terus masak selama 1 minit. Angkat dan hidangkan bersama sos coklat.

Menghasilkan 8 mini pancake atau 3 pancake saiz sederhana.

*milo mengandungi sedikit susu tepung