Monday, June 22, 2015

Fesyen Waktu Berpantang?

Hari ni check up baby Amani 1 bulan. Dah hampir 2 jam menunggu, nombor pun masih tak dapat lagi. Dah jam 10.30 ni, 11.30 jap lagi Fatihah pulak nak ke sekolah, ada kelas tasmik hari ni. Khaleef pulak dah tertidur kat bahu Atuk. Hmmm.. takpe la tu, ada masa nak menulis kejap.
(misi panggil, ukur baby, timbang baby, timbang ibu, ambil darah, air kencing, gi lab, dah kul 11 pun..tunggu lg utk giliran baby cucuk)

Okay, bukan nak cerita pasal servis klinik pun arini. Patient mmg ramai, so biasa la lambat mcmni. Hqri ni nak membebel pasal pemakaian ibu2 yang datang check up bersama baby sepanjang tempoh berpantang. Zaman sekarang ni macam-macam fesyen ada. Kalau time mengandung fesyen baju ketat yang direka khas untuk menonjolkan baby bump tu dah kira biasalah tu. Zaman dulu-dulu baju pregnant biasanya longgar je, sekarang sudah tukar laa..

Berbalik kepada topik asal, fesyen berpantang ni. Ada ke fesyen time berpantang?? Ada. Macam mana rupanya? Fesyen yang paling biasa dilihat ialah memakai stokin tebal bersama sandal atau selipar. Itu memang trademark orang baru lepas bersalin ;-) Tak kira kaum dan agama, rata-rata nampaknya akan pakai stokin.

Fesyen yang lain pulak macam mana?
1. Kain batik, tshirt lengan pendek
2. Baju tidur (pijama)
3. Legging, tshirt

Opps jap..ada fesyen rambut juga ya..
1. Sanggul tinggi
2. Kusut masai, out of bed look

Cemane? Comey tak fesyen2 ni? Comey tak kak tun?? Kak Tun memang comel, tp rasanya fesyen-fesyen di atas tu tak berapa nak comel. Kot iya pun tengah berpantang, apalah salahnya kalau berpakaian kemas ke klinik. Ikatlah kain batik tu elok-elok. Kalau bertudung, manis lagi berlengan panjang. Tshirt kalau boleh janganlah sendat, body fit tu. Bukan saya jeles dengan potongan badan anda, tapi bila susu badan leaking nanti, buruk benorrr rupanya.. Basuhla muka dulu sebelum ke klinik, sikat la sikit rambut tu.

Ini hanya pandangan saya la, sebagai pemerhati yang hari-hari berkunjung ke klinik kesihatan hampir sebulan sebab baby Amani prolong jaundice. Tak pasti pulak kalau memang ada adat berpantang yang tak membenarkan basuh muka dan sikat rambut ke ya. Yang pakai tudung senget, kaler tak matching baju tu takyah la saya ulas, itu mungkin citarasa mereka suka colour blocking dan fesyen tudung senget.

Saya? Saya pakai apa ya? Saya ke klinik pakai seluar mengandung (lagi) dan blouse saja. Dan stokin. Longgar dan mudah nak susukan baby. Saya tak kata yang saya pakai ni elok dan cantik tau. Biasa-biasa saja. Walaupun seluar, jalan kepit-kepit juga ;-)

Kesimpulannya, pakailah yang kemas dan bersih. Jangan sampai sinonim pantang tu dengan perkataan selekeh. Anda pakai stokin tebal, bawak baby berbedung, orang dah tahu dah anda sedang berpantang!

Wednesday, October 15, 2014

Pizza 40 minit!

Risau juga bila banyak sangat entry tentang resepi dan masakan dalam blog ni. Bukannya apa, takut-takut ada yang salah sangka ingat diriku ni pakar memasak. Padahal, almost semua resepi google hihihihi.. Biasanya baking ikut dan aje. Terasa nak makan kek, google resepi..tengok anak muka boring kelaparan, google resepi. Jadi biasanya bahan-bahan yang digunakan pun, mana yg kebetulan ada dalam peti ais :-)

Jadi, hari ni terasa nak masak pizza plak. Sosej ada, kuah tomato preggo ada, cheese pun ada. Search resepi yang boleh buat doh pizza terpantas, jumpa la satu kat Allrecipes.com. Search Quick and Easy Pizza Crust. Haaa..layannn..

Selepas 20 minit dibakar.

Simpan siap2 sekeping untuk husband sebelum
semuanya habis di'ngap' anak2 :p
If only ada cheese mozarella, cheddar ni tak berapa ngam sangatla..tapi, MISI BERJAYA!! Doh pizza ni sekejap jer nak buat, tak payah tunggu lama-lama untuk rehatkan doh. Resepi ni jadi macam pan crust pizza. Owwyeahhh..!

Thursday, October 2, 2014

Kentang Goreng Istimewa

Last week, husband dah belikan 2 bag kentang. Isnin baru-baru ni dia belikan sebag lagi kentang. Wooo..gila kentang!! Hahaha..bukan nak komplen ya :p Terima kasih kepada encik suami yang hensem, kerana membelikan kami kentang yang banyak. Selain rasanya yang sedap, kentang adalah sumber karbohidrat yang baik, yeayyy!!

Jadi untuk memanfaatkan kentang-kentang ini, dengan ini dikongsikan cara-cara membuat fries yang anda suka sangat makan di McD n KFC tu..

Bahan-bahan:
Kentang
Air
Minyak
Garam

Cara-cara:
1. Buang kulit kentang dan potong secara memanjang. Saya suka potong kentang tu gemuk-gemuk sikit.
2. Rebus sehingga separuh masak. Toskan kering. Boleh letak di atas tisu dapur supaya serap air.
3. Gorengkan sehingga tahap kegaringan yang anda suka.
4. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.
5. Taburkan sedikit garam mengikut citarasa.

Dah siap!

Panas..panas..panas!!
Apa lagi, jom ngappp!!

Monday, May 5, 2014

Coloured Sugar - Bagaimana nak buat?

Yellow Shortbread Cookie decorate with Pink Coloured Sugar
Hari ni mak dan ayah ada di rumah. Jadi diriku fikir nak buat biskut lah untuk minum teh petang ni. Buat biskut simple jer, Shortbread Cookies. Tapi sebab nak dia nampak lebih cun, tambah sedikit pewarna kuning pada doh dan sprinkled dengan gula bewarna pink. Haaa..comei tak semikut tu?? :)

Berikut adalah cara-cara nak buat coloured sugar tu:
Titiskan pewarna makanan pilihan anda ke atas gula di dalam mangkuk.
Gaulkan sehingga semua butiran gula bertukar warna. Keringkan.

Gunakan untuk menghias biskut :)
Simpan di dalam bekas kedap udara dan peti sejuk
Tabur jer atas biskut sebelum masuk dalam ketuhar. Jangan risau gula tu akan maintain cun jer warnanya walaupun dibakar bersama biskut.

Sedap dimakan bersama teh panas.

Atau ketika membaca novel yang baru dibeli.

Mahu pun ketika sedang berfacebook hehhee..
Selamat menghias biskut!

Wednesday, February 19, 2014

Eggless Milkless Chocolate Pancake

Kawan-kawan di facebook tentu dah maklum yang Haiqal tak boleh makan produk susu dan juga telur kerana menghidap eczema. Jadi hari ni diriku bereksperimentasi sket dengan pembuatan pancake. Jadi ibu shima mempersembahkan jeng jeng jeng..


tadaaa..chocolate pancake!
Tanpa telur, tanpa susu :-)

Chocolate Pancake
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk minuman koko (saya guna Milo)
1/4 cawan air

Cara:
Gaulkan semua bahan kering dan masukkan air.
Panaskan kuali leper dengan mentega/butter/minyak masak.
Masukkan bancuhan pancake, masak sehingga kelihatan beberapa lubang-lubang kecil, terbalikkan.
Terus masak selama 1 minit. Angkat dan hidangkan bersama sos coklat.

Menghasilkan 8 mini pancake atau 3 pancake saiz sederhana.

*milo mengandungi sedikit susu tepung

Friday, November 22, 2013

Makanan Bayi (lagi..)

Berikutan dengan post makanan bayi yang lepas, ada gak kawan yang tanya resepi-resipi untuk makanan bayi yang lain..ececehhh..cam ler ibu khaleef ni terrer masak sangat kan..setakat share resepi yang dah dibaca di blog lain sebelum ni boleh ler.. :)

-Epal / Apple Puree
Bahan:
Epal
Cara:
Kupas kulit epal dan buang bahagian tengah bijinya. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air menutupi buah epal ketika merebus. Selepas 5 minit, periksa jika epal sudah empuk. Angkat dan lenyekkan dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.

-Labu /  Pumpkin Puree
Bahan:
Labu
Cara:
Kupas kulit labu dan buang bahagian tengah bijinya. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air menutupi buah labu ketika merebus. Selepas 5 minit, periksa jika labu sudah empuk. Angkat dan lenyekkan dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.

-Pisang / Banana Puree
Bahan:
Pisang emas / berangan
Cara:
Kupas pisang dan lenyekkan sehingga lembik.

-Lobak Merah / Carrot Puree (7 bulan ke atas)
Bahan:
Lobak Merah
Cara:
Kupaskan kulit lobak. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air lebih ketika merebus. Lobak akan empuk sekitar 5-10 minit. Angkat dan kisar dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.
(untuk bayi yang masih kecil (7 / 8 bulan) perlu dikisar)

-Ikan Bilis (7 bulan ke atas)
Bahan:
Ikan bilis
Cara:
Bersihkan ikan bilis. Kemudian sangaikan (goreng tanpa minyak) sehingga betul-betul kering. Sejukkan dan kisar sehingga halus. Campurkan ke dalam bubur nasi bayi. Bakinya simpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan ke dalam peti sejuk.

Ada lagi sebenarnya resepi bayi ni, tapi tak sempat la nak tulis sekarang. Nanti akan share lagi.
Selamat menyuap anak anda!

p/s: blog ni best http://thatssewnina.blogspot.com/2013/05/homemade-baby-food-combos-for-8-12.html
http://imarriedatreehugger.blogspot.com/2013/06/baby-food-for-3-cents-what.html

Me, my nescafe and capati..

Di pagi-pagi begini, dikala suamiku telah bertolak ke site visit di Grik, dikala anak-anak  masih belum bangun tidur lagi, aku berdua-duaan ehhh..bertiga-tigaan bersama encik Nescafe dan cik Capati...
kehangatan encik Nescafe di setiap hirupan, ditemani kelembutan cik capati..fuhhh..best!! Bak kata Tiz Zaqyah dalam iklan nescafe, "the rasa is eh..nak!" :p

Encik Nescafe dan Cik Capati

Buat sendiri?? Eh, takkk..ingat aku terrer sangat ke masak..masuk masterchef gerenti tak menang...tapi nescafe ni memang buat sendiri kihkihkih..

Bagi yang tinggal kat Ipoh ni mesti tau capati yang paling famous dengan kelembutannya ialah Capati Maju Rapat di Medan Gopeng. Restoren ni asal usulnya dari Taman Maju Rapat, bila dia dah maju dan pelanggan pun makin rapat, maka dia bukak ler cawangan di Medan Gopeng berdepan dengan jalan besar berjiran dengan Bank Rakyat.

Tukar lokasi, tukar nama ke Capati Medan Gopeng
Pertama kali makan capati ni masa zaman kerja di PerakFm dulu, di introduce kan oleh encik Saiful Nawab Sabran. Baik encik Saiful ni, suka bawak kami (Azaril, Sari Surani, Nani) yang bujang-bujang ni (masa tu) sarapan sama-sama :)

Eh, apa sebenarnya yang aku nak cerita tadi ni? hmmm....
Haaa..!! Sebenarnya nak bagitahu, capati yang aku makan pagi ni bukan berasal dari Restoren Capati Maju Rapat tu, tapi sebuah restoren baru yang bernama Zombie's yang duduknya on the way nak ke Taman Botani dan ke Panorama Lapangan Perdana.. Sebabnya nak cerita ni ialah capati ni sebenarnya suami beli malam tadi. Pastu sebab tak habis simpan peti sejuk. Pagi ni setelah diperangat dalam microwave selama seminit, mak aihhh...!! lembut lagi kau!

Haaa.. itulah ceritanya, pasni peminat capati leh la gi try capati the zombie's..sekian, jom sapu rumah!