Friday, November 22, 2013

Makanan Bayi (lagi..)

Berikutan dengan post makanan bayi yang lepas, ada gak kawan yang tanya resepi-resipi untuk makanan bayi yang lain..ececehhh..cam ler ibu khaleef ni terrer masak sangat kan..setakat share resepi yang dah dibaca di blog lain sebelum ni boleh ler.. :)

-Epal / Apple Puree
Bahan:
Epal
Cara:
Kupas kulit epal dan buang bahagian tengah bijinya. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air menutupi buah epal ketika merebus. Selepas 5 minit, periksa jika epal sudah empuk. Angkat dan lenyekkan dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.

-Labu /  Pumpkin Puree
Bahan:
Labu
Cara:
Kupas kulit labu dan buang bahagian tengah bijinya. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air menutupi buah labu ketika merebus. Selepas 5 minit, periksa jika labu sudah empuk. Angkat dan lenyekkan dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.

-Pisang / Banana Puree
Bahan:
Pisang emas / berangan
Cara:
Kupas pisang dan lenyekkan sehingga lembik.

-Lobak Merah / Carrot Puree (7 bulan ke atas)
Bahan:
Lobak Merah
Cara:
Kupaskan kulit lobak. Potong kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan pastikan air lebih ketika merebus. Lobak akan empuk sekitar 5-10 minit. Angkat dan kisar dengan sedikit air rebusan sementara masih panas.
(untuk bayi yang masih kecil (7 / 8 bulan) perlu dikisar)

-Ikan Bilis (7 bulan ke atas)
Bahan:
Ikan bilis
Cara:
Bersihkan ikan bilis. Kemudian sangaikan (goreng tanpa minyak) sehingga betul-betul kering. Sejukkan dan kisar sehingga halus. Campurkan ke dalam bubur nasi bayi. Bakinya simpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan ke dalam peti sejuk.

Ada lagi sebenarnya resepi bayi ni, tapi tak sempat la nak tulis sekarang. Nanti akan share lagi.
Selamat menyuap anak anda!

p/s: blog ni best http://thatssewnina.blogspot.com/2013/05/homemade-baby-food-combos-for-8-12.html
http://imarriedatreehugger.blogspot.com/2013/06/baby-food-for-3-cents-what.html

Me, my nescafe and capati..

Di pagi-pagi begini, dikala suamiku telah bertolak ke site visit di Grik, dikala anak-anak  masih belum bangun tidur lagi, aku berdua-duaan ehhh..bertiga-tigaan bersama encik Nescafe dan cik Capati...
kehangatan encik Nescafe di setiap hirupan, ditemani kelembutan cik capati..fuhhh..best!! Bak kata Tiz Zaqyah dalam iklan nescafe, "the rasa is eh..nak!" :p

Encik Nescafe dan Cik Capati

Buat sendiri?? Eh, takkk..ingat aku terrer sangat ke masak..masuk masterchef gerenti tak menang...tapi nescafe ni memang buat sendiri kihkihkih..

Bagi yang tinggal kat Ipoh ni mesti tau capati yang paling famous dengan kelembutannya ialah Capati Maju Rapat di Medan Gopeng. Restoren ni asal usulnya dari Taman Maju Rapat, bila dia dah maju dan pelanggan pun makin rapat, maka dia bukak ler cawangan di Medan Gopeng berdepan dengan jalan besar berjiran dengan Bank Rakyat.

Tukar lokasi, tukar nama ke Capati Medan Gopeng
Pertama kali makan capati ni masa zaman kerja di PerakFm dulu, di introduce kan oleh encik Saiful Nawab Sabran. Baik encik Saiful ni, suka bawak kami (Azaril, Sari Surani, Nani) yang bujang-bujang ni (masa tu) sarapan sama-sama :)

Eh, apa sebenarnya yang aku nak cerita tadi ni? hmmm....
Haaa..!! Sebenarnya nak bagitahu, capati yang aku makan pagi ni bukan berasal dari Restoren Capati Maju Rapat tu, tapi sebuah restoren baru yang bernama Zombie's yang duduknya on the way nak ke Taman Botani dan ke Panorama Lapangan Perdana.. Sebabnya nak cerita ni ialah capati ni sebenarnya suami beli malam tadi. Pastu sebab tak habis simpan peti sejuk. Pagi ni setelah diperangat dalam microwave selama seminit, mak aihhh...!! lembut lagi kau!

Haaa.. itulah ceritanya, pasni peminat capati leh la gi try capati the zombie's..sekian, jom sapu rumah!

Bubur Nasi Ayam ala Khaleef

Minggu depan Khaleef dah nak masuk 8 bulan umurnya, so ibu nak introduce ayam dalam bubur nasinya. Patutnya masuk 7 bulan aritu dah boleh masukkan ayam, ikan dalam diet Khaleef tapi sbb kesukaran dapatkan bahan yg fresh, maka ibu asyik tangguh-tangguhkan.

Ibu masukkan carrot sekali dalam bubur ni. Rasanya ni antara bubur yang selalu menjadi pilihan ibu-ibu di luar sana, sebabnya bahan mudah nak dapat :)

Bubur Nasi Ayam + Lobak Merah
Bahan:
Beras (kisar halus)
Ayam
Lobak Merah (sagat / cincang halus)

Cara:
Rebus ayam sampai empuk dengan air yang cukup banyak untuk merebus beras menjadi bubur. Setelah empuk keluarkan ayam dari periuk dan masukkan pula lobak yang telah dicincang ke dalam air rebusan tadi. Biar dalam 2, 3 minit, kecilkan api dan masukkan pula beras yang telah dikisar halus. 2 minit pertama pastikan terus mengacau periuk untuk elakkan beras bergumpal. Sementara tunggu bubur kembang sepenuhnya, ambil ayam yang telah direbus tadi dan cincang halus. Apabila beras nampak telah elok kembang, masukkan ayam yang telah dicincang. Kacau dalam seminit dua, dah siap!

Tidak mengambil masa yang lama untuk masak jika gunakan kaedah beras kisar macam dalam post Beras Perang Untuk Khaleef .

Jumlah bahan-bahan ibu-ibu tentukan sendiri ya, mengikut sukatan banyak mana yang nak dimasak :)