Sunday, May 6, 2012

Kek untuk kucing?

Hari ni ada satu misi yang mencabar yang harus disettlekan. Perkara yang telah lama bertangguh harus diselesaikan. Isi hati yang telah lama dipendam harus dirungkai. Hari ini juga! Hari ini juga! Ya!! <-bagi semangat pada diri sendiri :p

Adoii..apa ceritanya ya?

Ni la isu tanah sekangkang kera yang dah berbulan-bulan dijadikan tandas awam oleh kucing-kucing jiran sebelah ni. Orang lain bangun pagi menghidup udara segar, kitorang kat rumah ni terpaksa menghirup ('hirup' ke perkataannya eiii..) udara yang penuh bau baja-bajaan..hmmm..

Gambar hiasan semata-mata

Ingatkan malaslah nak berbahasa-bahasa dengan orang sebelah ni, takut terkecut hati dia nanti (udah ler jiran melayu sayup-sayup mata memandang je kat taman ni) Bagi mengelakkan bertentang mata dan bertikam lidah dengan jiran tersayang membahaskan isu n***s kucing ni, makanya banyaklah pendekatan yang dah kitorang buat. Perkataan 'kitorang' tu merujuk kepada diriku, suamiku yang hensem dan juga mak ayah ku (iyaaa..betul, mak ayah pun turut berusaha bersama..terima kasih mak ayah!)

Antara cara-cara yang pernah dibuat:
1. meletakkan pagar plastik kecik yang tajam-tajam tu keliling tanah
(dengan harapan kucing tu takut tercucuk perut masa melompat masuk)
2. memenuhkan pasu-pasu kat atas tanah
(kononnya tak muatlah kucing tu nak parking kat situ)
3. menanam rumput 'karpet'
(habis bertompok-tompok rumput mati dek hangatnya 'benda' tu)
4. menutup seluruh tanah dengan net hitam yang untuk bunga tu
(udah buat projek atas net tu pulokkk...grrrram geramm gerammm!!)
5. siram bancuhan cuka+sabun+air panas <- petua kat website omputih
(huhhuhuhuu..tetap tidak berjaya..)

Tak boleh jadi ni. Memang tak boleh jadi! Takkan selamanya nak hidup kat rumah ni dengan udara 'segar' dan 'harum' tuu.. Jadi setelah berfikir panjang..cara yang ke-6 jeng.. jeng.. jeng..

6) memasak kek

Apa?! Masak kek?? Apa relevannya?
Relevannya ialah kejap lagi saya akan ke rumah sebelah untuk mensedekahkan kek cekelat moist yang telah dimasak malam tadi. Kek cekelat itu akan menjadi pembuka bicara (kira mcm tepak sirih laa bila nakgi meminang) tentang isu yang melanda halaman rumahku ini. Semoga dengan adanya kek cekelat ni, akan kuranglah sikit rasa sentapnya :p
Setakat ni masih takde tanda-tanda jiran sebelah ada di rumah. So, kita tungguuu dia balik kejap lagi.

2 comments: