Kedai rakyat 1 malaysia
dah ada kat bidor! Sejak tahu tentang kewujudan kedai ni, diriku memang rasa
teruja nak pergi meninjau-ninjau. Di Ipoh dah lebih awal ada KR1M di Manjoi,
tapi tak berpeluang lagi nak membuat lawatan sambil belajar. Yelah, melawat
kedai sambil belajar harga-harga rendah yang ditawarkan.
Yang dah pergi melawat ialah suamiku yang beli roti burger,
sardine dan sepapan telur. Lawatan yang kedua pulak, jam anggur, papadom dan
sepapan telur (sekali lagi) dan lawatan ketiga, gula dan papadom (lagi..).
Akhirnya pada suatu hari yang tidak disangka-sangka, ketika
diriku cuti-cuti di Bidor kerana suamiku berkursus di KL, di mana gula habis di
2 kedai runcit yang selalu ku kunjungi di bidor ini, maka terkeluarlah ayat,
“ayah, kita pergi kedai 1 Malaysia
lah” ngeh..ngeh..ngeh.. ada sikit bunga-bunga dalam hati, rasa excited macam
masa first time nak pergi Midvalley
baru bukak zaman remaja dolu-dolu ehehh..
Masuk je kedai, pekerja dia greet “selamat datang”, capai gula yang memang ada kat rak depan
pintu masuk, buat rondaan pantas seround
(2 round sebenarnya hehehe..) gi
tengok harga susu anak jap, pastu terus gi bayar gula J
Adoii..nape sekejap sangat yer? Katakan teruja sangat nak
masuk KR1M ni.. itulah, frust jugak rasanya, boboiboy dalam kereta tu tengah
meraung-raung nak ikut masuk, kesian pulak atuk tunggu lama-lama dalam kereta
tu (yerla, konon nak beli gula jerr..) Next
time lah datang sendiri boleh usha harga barang lama-lama sket hehhehe..
So, ok ker tak barang kat KR1M ni? Setakat ni verdictnya ialah:
1) Sardin
– sesuai buat lauk jer, buat sandwich
tak boleh, sebab sisik ikan tak buang habis.
2) Papadom
– macam rasa papadom lah..
3) Roti
burger – macam rasa roti burger lah..
4) Jam
Anggur – macam rasa jam anggur lah..
5) Sos
Cili – masam, tak macam sos cili yang selalu di makan.
6) Sos
Tomato – masam juger iskk..
Jika barangnya berlabel 1 Malaysia ,
makan harganya memang murah 3, 4 kupang berbanding kedai lain, barang yang
takde label 1 Malaysia
tapi jual kat KR1M, harganya lebih kurang sama jer dengan kedai-kedai lain.
Bila berpeluang pergi lagi, diriku akan buat laporan lagi.
Ok, cik kiah, cik bedah, jangan malu-malu nak masuk KR1M yer, anda takkan dikatakan miskin kalau berkunjung ke sana
;-p
No comments:
Post a Comment